TERMA DAN SYARAT
Kadar Sewaan & Deposit Keselamatan
- Kadar sewaan Barakah Pool Villa Langkawi adalah mengikut unit atau keseluruhan villa (Private 3 unit)
- Deposit keselamatan adalah sebanyak RM200 bagi setiap unit villa
- Deposit tempahan tarikh (Booking Date) adalah RM500 daripada jumlah keseluruhan kadar sewaan
- Baki bayaran beserta deposit keselamatan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh daftar masuk.
- Deposit keselamatan akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam selepas daftar keluar (check out), setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan ke atas fasiliti yang disediakan.
- Deposit keselamatan boleh ditolak sekiranya terdapat peraturan dan syarat yang dilanggar.
Pindaan Tarikh & Pembatalan Tempahan
- 100% bayaran deposit booking TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika notis pembatalan dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum daftar masuk (check in).
- Walaubagaimanapun, penundaan tarikh baharu boleh dilakukan dengan persetujuan kedua-dua pihak, tertakluk epada kadar sewaan tarikh baharu, dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh daftar masuk (check in)
- Jika penundaan tarikh dilakukan kurang daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk (check in), caj pengurusan dikenakan sebanyak RM100 bagi setiap unit villa.
- Penundaan tarikh hanya dibenarkan 2 kali sahaja.
- Pindaan tarikh TIDAK DIBENARKAN atas sebarang sebab KURANG DARI 7 HARI dari tarikh daftar masuk (check in).
- Tertakluk kepada jumlah maksimum kapasiti tetamu dan tarikh menginap, pihak pengurusan Barakah Pool Villa Langkawi membenarkan pindahan bayaran deposit booking kepada pihak ketiga. Namun begitu, untuk mengelakkan kerugian dipihak anda, anda dibenarkan untuk menjualkan semula pakej penginapan tersebut kepada pihak ketiga.
- Penyewa bertanggungjawan memaklumkan pindahan deposit booking kepada pihak ketiga kepada pihak pengurusan Barakah Pool Villa Langkawi dengan segera
Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)
- Waktu Daftar Masuk (Check-In) adalah pada pukul 3.00 petang dan Daftar Keluar (Check-Out) pukul 12.00 tengah hari.
- Check Out lewat melebihi jam 12 tengahari dikenakan RM30 bagi setiap 1 jam. Bergantung kepada availability pada hari tersebut.
Memasak & BBQ
- Facilities BBQ boleh digunakan secara percuma, tertakluk kepada availability
- Slot untuk Facilities BBQ perlu di tempah terlebih dahulu. Hanya tetamu daripada 1-unit villa sahaja dibenarkan untuk membuat BBQ dalam 1 tarikh.
- Tetamu dibenarkan membuat BBQ dengan syarat ruangan BBQ dan dapur mestilah dibersihkan semula selepas digunakan.
- Ruangan BBQ yang ditinggalkan bersepah dan tidak dikemaskan semula, akan dikenakan caj pembersihan tambahan sebanyak RM100 melalui penolakan deposit keselamatan.
Bilangan Penghuni
- Jumlah maksimum tetamu bagi setiap unit villa adalah seramai 12 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
- Sekiranya bilangan tetamu melebihi kapasiti yang ditetapkan, pihak kami berhak untuk membatalkan tempahan dan 100% bayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
- Pihak pengurusan akan memantau kemasukan penghuni melalui CCTV yang dipasang pintu utama.
Tempat Letak Kenderaan (Parking)
- Tetamu mesti meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan secara berhemah supaya tidak menghalang laluan utama.
- Tempat letak kenderaan ini disediakan dengan lampu spotlight bagi tujuan keselamatan.
- Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah atas tanggungjawab tetamu.
- Pihak pengurusan Barakah Pool Villa Langkawi tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa bentuk kerugian.
Keselamatan Penghuni
- Keselamatan semua tetamu adalah dibawah tanggungjawab sendiri
- Tetamu bertanggungjawab memastikan pintu masuk dan belakang villa dikunci terutama pada sebelah malam
- Tetamu terakhir yang masuk dalam kawasan villa atau selepas pukul 12 tengah malam bertanggungjawab menutup Gate utama bagi mengelakkan privacy kawasan villa diceroboh.
- Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di Barakah Pool Villa Langkawi.
Fasiliti & Kelengkapan
- Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan melakukan pembaziran
- DILARANG MEROKOK di dalam rumah. Penalti Rm200 jika didapati merokok dalam rumah.
- Di larang membawa masuk haiwan ke dalam rumah.
- Tetamu DILARANG SAMA SEKALI mencerakinkan kunci villa, kunci bilik dan Key Tag (Sambungan Elektrik) daripada gugusan kunci yang ditetapkan. Penalti Rm100 jika didapati berlaku.
- Jika berlaku kehilangan dan kerosakan, tetamu bertanggungjawab memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangan pengurusan.
- Kami amat menghargai kejujuran dan keikhlasan semua tetamu
Larangan Keras
- Kami HANYA menerima penghuni yang beragama ISLAM sahaja bagi memastikan kesucian kawasan ini.
- Tetamu tidak dibenarkan membawa minuman keras dan apa-apa jenis dadah dan item yang menyalahi undang-undang.
- Tetamu tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
- Tetamu tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis disisi undang-undang agama Islam
- Tetamu tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara.
- Sekiranya pihak pengurusan menerima aduan atas kesalahan yang serius, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.
Peraturan Penggunaan Kolam Renang
- Penggunaan kolam renang adalah pada pukul 7 pagi sehingga 12 malam sahaja.
- Tetamu bertanggungjawab mengawal bunyi bising ketika mandi selepas jam 8 malam.
- Tetamu digalakkan memakai pakaian mandi yang sesuai.
- Pakaian daripada kapas (cotton) adalah tidak digalakkan dan pakaian yang luntur warna adalah tidak dibenarkan.
- Kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang hendaklah memakai “swimming diapers”
- Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun hendaklah ditemani orang dewasa.
- Tetamu hendaklah membersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
- Dilarang berlari & bertolak-tolak di sekitar kawasan kolam
- Tetamu yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau sakit telinga atau hidung yang membahayakan tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam
- Merokok, makan dan minum adalah dilarang di dalam dan kawasan kolam renang.
- Tetamu dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
- Tetamu hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
- Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.
- Tetamu dilarang membuang air, hingus, kahak atau ludah didalam kolam.
- Tetamu dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
- Tetamu tidak dibenarkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
- Pihak pengurusan berhak menegur atau menasihati mana-mana tetamu yang melanggar peraturan yang ditetapkan
- Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.
Segala SYARAT & PERATURAN ini ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada semua tetamu yang menginap di Barakah Pool Villa Langkawi. Kami percaya semua tetamu Barakah Pool Villa Langkawi adalah mereka yang memahami aspirasi dan sentiasa memberi sokongan ke atas usaha ini.
Jumpa nanti dan hati-hati dalam perjalanan.